Beauty products (1) Events (2) Food (1) Gadgets (3) Love (8) Movies (2) Random (5) Tips (3) Vacation (9) Video games (1)

Jun 8, 2015

Hati Perempuan

Assalamualaikum. Bismillah hirrahmanirrahim. Dah hampir 3 tahun tak post apa apa. Banyak benda yang berlaku. Banyak perkara yang tak mampu diungkapkan dengan kata kata. Yang baik yang buruk semuanya mengajar diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Pengalaman mematangkan diri untuk menerima hidup ini seadanya. Terimalah bahawa hidup kita ini hanya sementara. Nafas ini sementara. Jasad ini hanya pinjaman. Cinta itu sementara. Yang kekal hanya pada Allah.

Untuk perempuan - perempuan di luar sana. Yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Ketahuilah. Saya sama sahaja seperti awak. Hati kita hati perempuan. Yang lembut sensitif tapi tetap teguh walau berkali kali diuji. Pada saya memang perempuan itu lemah. Ya akur lemah secara fizikal. Tak mampu kita nak angkat barang berat sngt pun. Tapi tuhan bagi kita hati yang sngat kuat. Perasan tak.. Awak dah nangis banyak sngat. Banyak kali je awak rasa mcm dah tak mampu nk teruskan tapi awak masih disini. Sempat lg baca blog ni. Hehe. Im so proud of you.  Proud of myself even more for writing after 3 years. Hihi. Perasan tak.... Kita banyak terluka kerana cinta.. Cinta yang belum pasti pun ia milik kita.. Oleh itu kenapa bersedih pada benda yang tak pasti. Yang hanya Allah yang tahu dengan siapa selayaknya kita bersama. Tapi nak buat mcam mana kan. Nama pun perempuan. Tau takpaaa.

Saya. Awak. Dan semua perempuan yang sangat dicintai Allah. Yakinlah dengan ketentuan ilahi. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah. Kita ditemukan dengan berbagai bagai jenis perwatakan. Perasan tak.. dalam banyak banyak org awak jumpa. Tak seorang pun yang sempurna.. Mcm mana baik skali pun dia mesti lah ad slack skit. Hehe. Sama lah juga dngn diri kita sendiri. We are not perfect. Accept this. And just try to be better than yesterday. And most important.. Allah still love us. No matter how bad we are. Baikkan Dia.

So janganlah kita bersedih sangat..jangan lama lama.. Jgn mengharap pada benda yang tak pasti.. Redhakanlah hati berserah pada takdir.. Jika sudah tertulis dalam buku qada qadar, pasti akan berlaku juga suka ke tak suka. Jika tidak.. Usahalah mcm mana skalipun akan ada halangan. Perancangan Allah itu hebat. Yakinlah..

Lastly,
Saya ada awak. Awak ada saya. Kita ada tuhan. We support each other. Girl power!
Salam sayang..
Leesa Maza



No comments:

Post a Comment